Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pandangan umum menunjukkan kerosakan dan serpihan di perkampungan selatan Lubnan di al-Taybeh, berhampiran sempadan dengan Israel, pada 4 Februari 2025. Foto fail AFP

Serangan udara Israel di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata

ByBernama

BEIRUT, 8 Feb: Pesawat perang Israel melancarkan serangan udara pada Jumaat ke atas bandar Baisariyeh di daerah Sidon, selatan Lubnan, menyaksikan peningkatan dalam pelanggaran berterusan Israel terhadap perjanjian gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik media tempatan.

Agensi Berita Nasional Lubnan melaporkan letupan kuat kedengaran di kampung Baisariyeh, yang kemudiannya disahkan berpunca akibat serangan udara Israel.

Agensi itu turut mengesahkan yang Israel memulakan operasi letupan dua fasa di kampung Kfarkila, selatan Lubnan.

Gencatan senjata yang rapuh berkuat kuasa sejak 27 Nov 2024, menamatkan serangan antara Israel dan kumpulan Hizbullah di Lubnan, yang bermula pada 8 Okt 2023 dan meningkat menjadi konflik berskala penuh pada 23 Sept tahun lalu.

Sejak gencatan senjata dikuatkuasakan, Israel melakukan lebih daripada 840 pelanggaran, membunuh dan mencederakan puluhan orang di Lubnan, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Israel sepatutnya menyelesaikan pengunduran dari selatan Lubnan pada 26 Jan mengikut perjanjian gencatan senjata, namun ia enggan berbuat demikian dan tarikh akhir itu dilanjutkan sehingga 18 Feb. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan