Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Saksikan Asia Mixed Team Championship 2025 secara langsung di TVS

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 8 Feb: Selepas kejayaan menayangkan perlawanan Carabao Cup secara percuma, stesen televisyen Sarawak, TVS sekali lagi tampil membawakan siaran langsung sukan bertaraf antarabangsa.

Kali ini, peminat sukan badminton berpeluang menyaksikan Badminton Asia Mixed Team Championship 2025 secara langsung dan eksklusif hanya di saluran 122 menerusi kaca televisyen masing-masing.

Kejohanan yang akan berlangsung dari 11 hingga 16 Februari 2025 ini bakal menampilkan aksi sengit antara pasukan terbaik dari seluruh Asia.

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih menarik, TVS akan menampilkan pengacara khas yang akan mengendalikan ulasan sebelum dan selepas perlawanan bersama tetamu jemputan istimewa.

Selain itu, beberapa pengulas sukan berpengalaman juga akan turut serta untuk memberikan analisis mendalam mengenai perlawanan, strategi pemain, serta perkembangan semasa kejohanan ini.

Untuk rekod, Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (Badminton Asia Mixed Team Championships) ialah sebuah kejohanan dwitahunan yang dianjurkan oleh Badminton Asia untuk menentukan pasukan badminton campuran terbaik di Asia.

Kejohanan ini pertama kali diadakan pada tahun 2017 di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam, dengan pasukan Jepun muncul sebagai juara sulung

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi pasukan kebangsaan menentang gergasi badminton Asia secara langsung!

Pastikan anda menonton Badminton Asia Mixed Team Championship 2025, hanya di TVS, Saluran 122. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan