Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bergambar selepas menyampaikan beg sekolah pada program Pusat Sokongan Sosial Setempat dan Sumbangan Back to School beberapa buah sekolah untuk sesi Persekolahan 2025 di Auditorium, Salcra Bajor Training Centre Kampung Bajo hari ini. Foto Hajah Nancy Haji Shukri (FB)

PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma – Nancy

LUNDU, 8 Feb: Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) merupakan platform kepada masyarakat terutamanya golongan rentan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan tanpa sebarang stigma.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.

“Dunia sekarang banyak cabaran, isu kesihatan mental bukan sahaja dialami orang dewasa tetapi turut melibatkan kanak-kanak dan remaja. Tekanan ini mungkin disebabkan masalah keluarga, pembelajaran atau persekitaran.

“Kadang-kadang bila kita stres, kita tidak tahu di mana untuk mengadu, oleh itu inisiatif PSSS ini antara langkah untuk memastikan komuniti kita mempunyai tempat mendapatkan bantuan,” katanya semasa berucap di program jelajah kasih PSSS dan sumbangan Kembali ke Sekolah 2025 di sini hari ini.

PSSS merupakan program anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang menawarkan perkhidmatan psikososial holistik kepada masyarakat seperti sesi bimbingan dan kaunseling berbentuk kelegaan segera kepada kumpulan sasar.

Pengoperasian PSSS buat masa ini, dilaksanakan secara bergerak dan tetap di premis.

Sementara itu, Nancy berkata peranan dan sokongan YKN untuk membantu kerajaan melalui inisiatif seperti PSSS memerlukan kerjasama pelbagai pihak.

“Sokongan daripada syarikat korporat dan organisasi lain boleh menyokong usaha YKN dalam memperkukuhkan perkhidmatan sokongan sosial ini. Sebagai penghargaan kepada penyumbang, YKN menyediakan resit pengecualian cukai bagi setiap sumbangan diterima.

“Ini adalah peluang baik untuk pihak korporat untuk memainkan peranan bersama-sama dalam membina kesejahteraan komuniti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan