Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi. Foto JBPM

Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau

SIBU, 8 Feb: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata mangsa Lila Jali, 69, dijumpai pada 8.15 pagi.

“Ketua Balai telah dihubungi pihak tentera yang membantu usaha mencari dan menyelamat bahawa mangsa ditemukan lemas oleh orang awam dan anak mangsa di tepi Sungai Sangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum kejadian, mangsa dari Rumah Antau, Sungai Empang Baru, Tatau bersama isterinya menghantar anak lelaki mereka yang merupakan anggota tentera ke pekan Sangan menaiki bot pada 5.15 petang.

Setelah selesai menghantar anak mereka yang hampir tamat bercuti, pasangan itu bertolak pulang ke rumah panjang mereka pada 5.22 petang.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu anak mereka menerima panggilan daripada ketua rumah panjang mereka Tuai Rumah Antau Sait mengatakan perahu ibu bapanya telah karam kira-kira 10 kilometer dari Jeti Tatau.

Isteri mangsa ketika itu berjaya diselamatkan oleh penduduk berdekatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan