Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Terdapat warga emas yang tidak mempunyai wakil atau anak untuk membantu mereka menguruskan transaksi secara digital.Foto TVS

Pendaftaran SKAS di DUN Satok akan diperluas

ByDouglas Elliot

KUCHING, 8 Feb: Pendaftaran bagi Bantuan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) di kawasan Satok akan diperluas sekiranya perlu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki.

Menurutnya hal ini kerana terdapat lebih 3,000 penerima yang layak untuk menerima bantuan berkenaan bagi di kawasan Satok sahaja.

“Jika ada keperluan, kami akan meneruskan program ini pada hujung minggu hadapan.

“Jika tidak, kami akan menggerakkan pendaftaran ke kawasan lain seperti Kampung Segedup dan Sungai Maong memandangkan kawasan tersebut mempunyai beberapa ribu penduduk,” katanya ketika ditemui pada program pendaftaran SKAS di sini, hari ini.

Program dua hari yang bermula hari ini di Dewan Anak Seni Bandarsah dan Kompleks Sukan Satok telah menyaksikan sambutan sangat menggalakkan dengan ratusan bakal penerima layak hadir untuk mendaftar.

Ujarnya, para sukarelawan turut bertindak secara proaktif dengan menghubungi bakal penerima bagi mengingatkan mereka untuk hadir ke sesi pendaftaran.

Tambah beliau lagi, SKAS merupakan kerajaan Sarawak bagi meringankan beban rakyat.

“Tahun ini, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan hampir RM500 juta bagi SKAS dan kemungkinan jumlah ini akan meningkat setiap tahun.

Ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat,” katanya lagi.

Turut hadir meninjau program itu ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abdul Samat Gany yang juga merupakan penyelaras program. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan