Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menghadiri Program Satu Pemimpin Satu Kampung anjuran CIMB Group Holdings Berhad di Puchong, hari ini. Foto: Amiruddin Shah (TVS)

Kementerian Ekonomi giat kaji pengelasan isi rumah yang lebih komprehensif

ByAmirah Shawel

PUCHONG, 8 Feb: Kementerian Ekonomi perlu diberi masa untuk mengubah sistem pengelasan kumpulan pendapatan bagi memastikan struktur baharu yang dirangka lebih komprehensif dan bersesuaian.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata penyemakan semula sistem pengelasan sedia ada perlu dilaksanakan dengan teliti dan kefahaman data yang tinggi.“Kita (kerajaan) tidak mahu buat cepat dan laju, nanti tersalah. Kita patut bagi masa dengan Kementerian ekonomi untuk buat habis usaha mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pelancaran “Program Satu Pemimpin Satu Kampung Santuni MADANI” anjuran CIMB Group Holdings Bhd di sini, hari ini.

Jelasnya, kementerian itu sedang menganalisa Pangkalan Data Utama (PADU) bagi menentukan titik pemutus atau cut-point bagi memastikan penyasaran subsidi ditujukan kepada kumpulan yang benar-benar layak.

“Ini diusahakan Kementerian Ekonomi dan kita berharap tidak lama lagi akan dimuktamadkan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan