Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau (tengah) menerima cenderahati semasa Majlis Sambutan Tahun Baru 2025 & Doa Pemberkatan anjuran EXCO Bapa, Wanita, Pemuda, dan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.77 Telang Usan oda Jumaat. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Kawasan luar bandar tidak terpinggir nikmati pembangunan

ByVanessa Enjop

MIRI, 8 Feb: Pembangunan di Telang Usan sejak 2011 membuktikan usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat luar bandar, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nya, Dato Dennis Ngau.

“Melalui perjuangan parti kita, matlamat utama adalah untuk menyediakan keperluan asas kepada rakyat. Ini adalah visi dan misi kita dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat luar bandar,” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru 2025 & Doa Pemberkatan anjuran EXCO Bapa, Wanita, Pemuda, dan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.77 Telang Usan di sini, pada Jumaat.

Menurutnya sejak tahun 2011, pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan di Telang Usan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar terus terpelihara.

“Lebih daripada 300 Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) telah dilaksanakan di 88 rumah panjang, termasuk di pekan Long Moh, bagi meningkatkan kemudahan asas penduduk.

“Selain itu, usaha membawa bekalan elektrik ke rumah panjang juga telah dijalankan, walaupun masih terdapat beberapa masalah teknikal yang sedang diperbaiki.

“Di bawah Projek Highland Development Agency, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan bagi memperkasa taraf hidup masyarakat luar bandar,” tambahnya.

Tambah Dennis, usaha memperbaiki jaringan jalan memerlukan kos yang besar serta penglibatan pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Sungai Sarawak (River Board), Jabatan Kerja Raya (JKR), dan pejabat daerah.

Oleh itu, katanya, proses ini memerlukan kesabaran serta keyakinan terhadap usaha kerajaan dalam membangunkan sistem jalan yang lebih baik.

“Ini bukan sesuatu yang boleh diselesaikan dalam tempoh singkat kerana ia melibatkan banyak pihak dan sumber kewangan yang besar. Namun, kita perlu yakin dengan kerajaan dan terus berusaha untuk mencapai kemajuan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan