Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan penurunan setakat 4 petang ini. Foto fail TVS

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat petang ini, Sarawak menurun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Feb: Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 721 daripada 212 keluarga berbanding 695 daripada 189 keluarga pagi tadi.

Walaupun PPS di Keningau sudah ditutup dan semua mangsa dibenarkan balik namun jumlah mangsa di dua daerah iaitu Beaufort dan Kinabatangan semakin bertambah dan trend pemindahan mangsa ke PPS meningkat.

“Seramai 430 orang (137 keluarga) ditempatkan di tiga PPS di Beaufort, 278 orang (71 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan dan 13 orang daripada empat keluarga di Tambunan.

“Sebanyak enam PPS di Sabah dibuka melibatkan tiga daerah iaitu tiga PPS di Beaufort, dua di Kinabatangan dan satu PPS di Tambunan,” menurut kenyataan itu.

Di SARAWAK, keadaan semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 3,454 orang berbanding 3,921 orang pagi tadi, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

Pada masa yang sama, dua lagi PPS, masing-masing satu di Bahagian Sibu dan Sarikei ditutup, menjadikan 19 PPS masih beroperasi di negeri itu.

Sekretariat itu turut memaklumkan bahawa jumlah mangsa di Bahagian Bintulu menurun kepada 1,836 orang berbanding 1,868 orang di lima PPS sebelum ini, manakala di Sibu juga turut berkurangan kepada 737 orang di lima PPS berbanding 983 orang pagi tadi.

Di Mukah, angka mangsa banjir menurun kepada 607 orang berbanding 614 orang sebelum ini, sementara di Miri pula menunjukkan penurunan kepada 274 orang berbanding 443 orang pada pagi tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan