Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak terus memainkan peranan utama dalam usaha pemulihan infrastruktur yang terjejas akibat bencana, terutamanya di kawasan Miri dan Bintulu. Foto Alex Teo (TVS)

JKR Sarawak komited pulihkan infrastruktur terjejas akibat banjir

ByConnie Grace

MIRI, 8 Feb: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak komited mempergiat usaha pemulihan infrastruktur yang terjejas akibat bencana, terutamanya di kawasan Miri dan Bintulu.

Pengarah JKR Sarawak, Dr. Cassidy Morris, menegaskan bahawa pihaknya bersiap siaga dalam menangani cabaran seperti tanah runtuh dan jalan terputus dengan segera.

“Bencana ini memberi impak besar kepada laluan dan infrastruktur di beberapa kawasan.

Namun, kami mempunyai pasukan yang kuat di peringkat bahagian dan daerah untuk memastikan tindakan pantas diambil. Jika berlaku jalan runtuh, pegawai kami akan segera ke lokasi untuk menilai situasi dan membuat laluan alternatif bagi memastikan perhubungan tidak terputus,” katanya ketika ditemui TVS di PPS SMK Suai, pada Sabtu.

Selain usaha di lapangan, beliau menambah, JKR Sarawak juga memanfaatkan platform digital seperti Facebook untuk memberikan maklumat terkini kepada orang ramai mengenai keadaan jalan dan perkembangan pemulihan.

Dalam masa yang sama, JKR Sarawak turut berganding bahu dengan TVS dalam inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi menyalurkan bantuan kepada komuniti yang terjejas.

“Kami bekerjasama dengan TVS dalam misi bantuan ini, termasuk penghantaran barangan sumbangan daripada pelbagai pihak ke kawasan terjejas.

“Hari ini, kami berada di SMK Suai sebagai sebahagian daripada usaha ini, saya sangat gembira dengan kolaborasi ini dan berharap ia dapat diteruskan di masa hadapan,” tambah Dr. Cassidy.

JKR Sarawak kini dalam fasa perancangan untuk kerja-kerja pembaikan menyeluruh dan akan bertindak sebaik sahaja keadaan cuaca kembali stabil. Inisiatif ini menegaskan komitmen JKR dalam memastikan infrastruktur awam dapat dipulihkan dengan segera demi kesejahteraan rakyat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan