Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital. Foto hiasan Envato

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak

ByBernama

JAKARTA, 8 Feb: Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.

Menterinya, Meutya Hafid berkata langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak daripada kandungan berbahaya seperti keganasan dan pornografi, sambil menggalakkan penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab.

“Kanak-kanak terdedah kepada kandungan berisiko seperti keganasan dan pornografi. Kita mesti bertindak segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Peraturan baharu ini, yang dijangka dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan adalah sebahagian daripada usaha Presiden Prabowo Subianto untuk memperkukuh perlindungan kanak-kanak di platform digital.

Ketetapan itu akan dimasukkan dalam draf peraturan kerajaan mengenai perlindungan kanak-kanak untuk tadbir urus digital dan akan mengklasifikasikan platform dalam talian berdasarkan tahap risikonya terhadap kanak-kanak.

Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) sebelum ini memberi amaran mengenai bahaya dalam talian, termasuk alat perkongsian lokasi dan kandungan yang menipu.

“Ada kartun yang kelihatan comel, tetapi apabila diklik, rupa-rupanya penuh dengan perangkap! Belum lagi ciri yang membolehkan lokasi kanak-kanak dikesan. Ini sangat berbahaya!” kata Ketua KPAI Ai Maryati Solihah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan