Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Borneo Green Bike Tour di Monumen Brooke, Kuching di sini, hari ini. Foto Willy Jali (TVS)

‘Borneo Green Bike Tour’ lestarikan pelancongan hijau Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 8 Feb: Jelajah ‘Borneo Green Bike Tour’ diyakini sebagai inisiatif pelancongan lestari dan ekopelancongan yang menandakan satu langkah penting Sarawak dalam usaha menuju pembangunan lestari dan hijau.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program jelajah ini merupakan usaha bagi memelihara kelestarian alam selain memberi pengalaman unik kepada peserta untuk meneroka keajaiban semula jadi Sarawak.

“Melalui usaha seperti ini, kita dapat mempromosikan tempat-tempat ikonik di Kuching. Laluan yang kita akan lalui merangkumi pelbagai lokasi pelancongan utama, termasuk gereja baharu, St. Peter’s Church dan beberapa destinasi yang menarik lain di sekitar bandar ini.

“Dalam industri pelancongan ini juga menjurus kepada untuk menjaga alam sekitar, sama ada dalam industri pembalakan atau industri lain. Kita cuba melihat dan memastikan bahawa usaha ini bukan hanya untuk kita, tetapi juga demi kelestarian alam,” katanya.

Beliau berkata demikin ketika merasmikan Borneo Green Bike Tour di Monumen Brooke, Kuching di sini, hari ini.

Selari dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030, yang menekankan amalan lestari dan inovasi hijau, program ini turut menampilkan konsep pelancongan bertanggungjawab, di mana ia mempromosikan ekopelancongan melalui penggunaan motosikal elektrik.

“Hari ini adalah satu langkah kecil untuk menunjukkan bahawa kita perlu mempromosikan penggunaan tenaga hijau seperti elektrik dan hidrogen, serta secara perlahan-lahan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

“Apa yang dilakukan oleh syarikat (Smart Leisure and Travel) adalah mempromosikan penggunaan motosikal elektrik dalam industri pelancongan dan juga dalam kehidupan seharian. Kita percaya bahawa langkah ini adalah yang terbaik dan akan terus berkembang,” ujarnya.

Tambah Abdul Karim, program dengan kerjasama Smart Leisure and Travel dan Lembaga Pelancongan Sarawak ini merupakan sebahagian daripada komitmen Sarawak dalam memperkukuh pelancongan hijau.

Menariknya, program yang diadakan julung kali di Sarawak ini memberi peluang kepada pelancong untuk meneroka keunikan warisan Sarawak sambil menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar.

Perjalanan melibatkan beberapa destinasi pelancongan di sekitar bandar Kuching seperti Monumen Brooke, Lorong Kai Joo, Muzium Sejarah Cina, Kuil Tua Pek Kong, Kubu Margherita dan Muzium Budaya Borneo.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan