Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023. Foto fail AFP

Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera

ByBernama

GAZA, 8 Feb: Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Okt 2023.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), jumlah keseluruhan mangsa turut meningkat kepada 111,163, dengan ramai lagi yang mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan segera.

Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan dalam usaha mencari mangsa yang masih berterusan.

Keadaan kekal kritikal dengan ratusan individu masih hilang, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka di seluruh Gaza. Pasukan ambulans dan pertahanan awam menghadapi kesukaran besar untuk sampai ke kawasan terjejas berikutan kemusnahan meluas serta serangan udara yang masih berlanjutan.

Krisis kemanusiaan di Gaza semakin memburuk dari jam ke jam, dengan wilayah itu berdepan kekurangan bekalan perubatan, makanan dan air yang kritikal, sementara angka korban terus meningkat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan