Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu anak Sarawak membangunkan model Chatbot kecerdasan buatan (AI) tempatan yang setanding dengan ChatGPT dan DeepSeek.

Abang Johari impi anak Sarawak bangunkan Chatbot AI tempatan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 7 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu anak Sarawak membangunkan model Chatbot kecerdasan buatan (AI) tempatan yang setanding dengan ChatGPT dan DeepSeek.

Ujarnya, pembangunan model AI ini berupaya menjadi nilai tambah dan sumber ekonomi baharu bagi wilayah dalam sektor pengumpulan data.

“Saya berharap kita dapat memiliki model Chatbot AI kita sendiri dengan kandungan yang khusus dari Sarawak. Saya berharap suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan, selagi kita mampu menghasilkan tenaga kerja yang tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) di sini pada Jumaat malam.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran SMA di Kuching pada Jumaat malam. Foto TVS

Mengambil contoh perang teknologi AI antara Amerika Syarikat dan China, beliau berkata semua aktiviti digital dan ekonomi kini dipacu oleh teknologi AI, termasuk dalam bidang perubatan.

“Kita tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada masa hadapan, kecuali jika kita dapat menguasai teknologi terkini yang sangat penting dalam penghantaran data.

“Sebab itulah selain pembangunan infrastruktur asas, Kerajaan Sarawak menekankan pembangunan bakat dalam pembangunan reka bentuk cip,“ katanya lagi.

Mengulas lanjut, Abang Johari juga memberitahu bahawa model AI ini nanti juga mampu untuk menjadi platform pertukaran maklumat dari Sarawak ke seluruh dunia.

“Kita merupakan nadi dunia dari segi hutan hujan dan biodiversiti. Kita boleh menggabungkan data ini dengan AI bagi berkongsi dengan dunia mengenai kepelbagain biodiversiti kita.

“Apabila data ini dimuat turun, ia bukan secara percuma. Ini bermakna seluruh dunia akan mempunyai akses kepadanya, namun pada masa yang sama, kita juga perlu mendaftarkan paten dan hak kita terhadap sumber biodiversiti kita,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan