Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Simbolik penyerahan disempurnakan Timbalan Pengarah Sumber Manusia & Hal Ehwal Korporat, Josenthiana Manggie yang mewakili Pengarah JKR Sarawak, Dr Cassidy Morris. Foto Salasiah Safian (TVS)

TVS Prihatin: Misi agih sumbangan bermula di Bintulu

BySalasiah Safian

BINTULU, 7 Feb: Stesen televisyen Sarawak, TVS dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memulakan penghantaran bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Stadium Muhibbah di sini, hari ini.

Sumbangan berkenaan merangkumi 38 kotak bekalan makanan, 100 bungkusan barangan keperluan asas, 12 kotak pakaian dan peralatan rumah seperti 38 biji baldi serta 75 batang penyapu.

Selesai di lokasi pertama, pasukan TVS Prihatin bergerak ke PPS Dewan Suarah Bintulu bagi tujuan sama.

Dengan ini, agihan sumbangan terkumpul pada hari ini adalah sebanyak 200 pek makanan, 75 kotak barangan keperluan asas, 24 kotak pakaian.

Untuk rekod inisaitif sumbangan merupakan hasil kutipan daripada warga kerja SMG dengan kerjasama pihak JKR Sarawak dan Pasaraya Mydin.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat Josenthiana Manggie yang mewakili Pengarah JKR Sarawak Dr Cassidy Morris.

Selepas ini, pasukan TVS Prihatin meneruskan perjalanan ke Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan