Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Logo Zecon Bhd

Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Zecon berkata lesen bertempoh 30 tahun itu berkuatkuasa mulai 5 Feb lepas dengan yuran tahunan sebanyak RM300,000.

Lesen tersebut akan memberikan hak-hak seperti perancangan, pembinaan, pemasangan, penggunaan, pengendalian selain menyelenggara sistem fotovoltan solar (PV) untuk penjanaan tenaga solar dalam kawasan seluas 3,000 ekar di daerah Salak , Kuching.

“Ini juga meliputi penghantaran serta pengedaran tenaga elektrik termasuk talian, menara dan pencawang kepada pengguna bukan domestik di bawah lesen berkenaan,” katanya lagi.

“Ia turut merangkumi pemasangan loji tenaga 300 megawatt, sistem modul solar PV, unit berasaskan penyongsang, pencawang pengubah dan kerja-kerja elektrik untuk menjana serta membekalkan tenaga solar kepada pengguna bukan domestik di kawasan yang dijadualkan,” katanya. – TVS

Tags: lesen, zecon

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan