Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025 daripada US$115.5 bilion pada 15 Jan, 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM). Foto Faitullah Morni (TVS)

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025 daripada US$115.5 bilion pada 15 Jan, 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai bagi membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab mata wang asing (US$103.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$3.3 bilion) and aset rizab lain (US$2.4 bilion).

Keseluruhan aset berjumlah RM620.88 bilion, merangkumi tukaran asing dan emas dan rizab lain, termasuk SDR (RM520.89 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.95 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM4.83 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.57 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset-aset lain (RM51.02 bilion).

BNM berkata jumlah modal dan tanggungan sebanyak RM620.88 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM193.33 bilion), mata wang dalam edaran (RM177.92 bilion), deposit institusi kewangan (RM120.16 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.23 bilion), deposit-deposit lain (RM81.65 bilion), kertas-kertas Bank Negara (RM11.37 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion), and liabiliti lain (RM2.92 bilion). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan