Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Ribut salji ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Jeju

ByBernama

JEJU (Korea Selatan), 7 Feb: Salji lebat dan angin kencang menjejaskan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, pintu masuk ke Pulau Jeju di selatan negara itu, pada Jumaat, mengakibatkan pembatalan penerbangan secara besar-besaran, lapor agensi berita Yonhap.

Setakat 3 petang, 102 penerbangan perlepasan domestik, 121 penerbangan ketibaan domestik dan 16 penerbangan antarabangsa yang dijadualkan mendarat atau berlepas dari lapangan terbang Jeju telah dibatalkan, menurut pegawai lapangan terbang.

Selain itu, 25 ketibaan domestik, 21 perlepasan domestik dan satu penerbangan antarabangsa mengalami kelewatan, dengan kira-kira 15,000 pelancong terkandas di pulau itu akibat gangguan penerbangan.

Korean Air membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Jeju bermula 10 pagi.

Dengan amaran angin kencang dan angin ricih dikeluarkan untuk lapangan terbang Jeju, ribut salji sekali-sekala menyebabkan gangguan terhadap operasi lapangan terbang, menurut pegawai.

Mereka turut menjelaskan bahawa pembatalan penerbangan turut dipengaruhi oleh salji lebat di lapangan terbang wilayah lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan