Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo menyerahkan cek sumbangan kepada Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Pejabat Premier Sarawak, di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini. Foto PETROS

PETROS sumbang RM2 juta kepada JPBN Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 7 Feb: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menyumbang RM2 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi menyokong usaha-usaha bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi PETROS, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo, kepada Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi JPBN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Pejabat Premier Sarawak, di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Penyerahan cek tersebut turut disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Hamid Bugo optimis dana tersebut akan membantu menyediakan bantuan dan sokongan penting kepada mereka yang terjejas oleh banjir.

“Kami menyedari kesukaran yang dihadapi oleh banyak komuniti akibat banjir. PETROS kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak dan JPBNS bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu katanya, PETROS juga bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membantu usaha ini sebaik mungkin, termasuk menyediakan peralatan, dan sokongan logistik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan