Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETROS menghantar bantuan makanan ke Rh Jamban Ingeh. Foto Petros

PETROS bekalkan bakul makanan ke rumah panjang di Kelabat, Sungai Genaan

ByRegina Lee

Bintulu, 7 Feb: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) tampil membekalkan bantuan bakul makanan kepada seramai 165 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi rumah panjang di Kelabat dan Sungai Genaan di sini yang terjejas terputus hubungan darat selama seminggu lalu.

Inisiatif PETROS itu bagi menyokong usaha Pejabat Daerah Sebauh yang diketuai Pegawai Daerah Thadeus Ling Bartholomew Allu bagi dengan turut membiayai sewaan bot untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk di Rumah Justin Juan, Kelabat, serta enam rumah panjang di Sungai Genaan.

Antara rumah panjang yang menerima bantuan tersebut ialah Rumah Ikum Lang, Rumah Kelly Badang, Rumah Jamban Ingeh, Rumah Lai Tajak, Rumah Lipu Rundang dan Rumah Bryant Pawong.

Menurut Thadeus dalam satu kenyataan pada Khamis, misi penghantaran makanan kepada mangsa tersebut turut mendapat sokongan Polis Marin yang menyediakan bot bagi misi penghantaran.

“Bekalan makanan berupa makanan kering dan keperluan asas telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu.

“Kita bersyukur atas kerjasama antara pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam memastikan bantuan tiba tepat pada masanya kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada PETROS atas sumbangan dalam membiayai sewaan bot, yang memungkinkan bantuan disalurkan lebih pantas kepada penduduk terjejas.

Turut serta dalam misi ini ialah wakil PETROS, Tabita Tanjong, serta Ketua Balai Polis Samalaju yang mewakili Ketua Polis Daerah Bintulu, ASP Thomas Sulok Ulik.

Dengan usaha bersepadu ini, diharapkan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban penduduk yang terkesan akibat bencana alam tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan