Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan 19 Mac untuk serahan dokumen dan membenarkan Nor Zainab dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin. Foto Bernama

Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan

ByBernama

KANGAR, 7 Feb: Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.

Nor Zainab Jamaludin, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya hari ini.

Wanita itu didakwa telah meninggalkan seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di kedai makan berkenaan di Kampung Rama, Sanglang pada 6.30 pagi, 19 Jan.

Nor Zainab didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala wanita itu diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Hajar Che Ahmad.

Tengku Ruqayyah kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baharu untuk laporan kimia dan forensik.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan 19 Mac untuk serahan dokumen dan membenarkan Nor Zainab dijamin RM6,000 dengan seorang penjamin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan