Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut laporan UKAS pada Khamis, sumbangan tersebut disampaikan oleh Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Dato Sri Naroden Majais kepada mangsa banjir yang berdepan kesukaran akibat bencana tersebut. Foto: UKAS

Mangsa banjir di Gedong terima bantuan bakul makanan

ByFarah Diyana Samsuddin

GEDONG, 7 Feb: Seramai 23 ketua isi rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir di Daerah Gedong menerima bantuan bakul makanan daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, di sini, baru-baru ini.

Menurut laporan UKAS pada Khamis, sumbangan tersebut disampaikan oleh Wakil Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Dato Sri Naroden Majais kepada mangsa banjir yang berdepan kesukaran akibat bencana tersebut.

Antara kampung yang menerima bantuan ialah Kampung Datuk Patinggi Muai, Kampung Sungai Girang, Kampung Spaoh dan Kampung Gumpey.

Bakul makanan yang diagihkan mengandungi barangan keperluan asas bagi membantu meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Turut hadir Penyelaras Tugas Khas di Pejabat Premier Sarawak Japar Mustapha, Pegawai Daerah Gedong Tamida Da’adi serta Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat Zon Gedong Proper.

Bantuan ini diharap dapat memberikan kelegaan kepada penduduk yang masih dalam proses pemulihan selepas bencana banjir melanda kawasan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan