Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sarawak mencatatkan penurunan manakala di Sabah meningkat sedikit, setakat 4 petang ini. Foto fail TVS

Mangsa banjir berkurang di Sarawak, Sabah meningkat petang ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Jumlah mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak mencatatkan penurunan manakala di Sabah meningkat sedikit, setakat 4 petang ini.

Di Sarawak, jumlah keseluruhan mangsa yang ditempatkan di 21 PPS di lima bahagian negeri itu berkurang kepada 4,389 orang berbanding 4,705 orang pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan bahagian Bintulu kekal dengan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,907 orang berbanding 1,880 orang pada pagi tadi, diikuti Mukah yang bertambah seorang kepada 615 orang manakala di Sarikei kekal 13 orang.

Mangsa banjir di Sibu mencatatkan penurunan kepada 1,160 mangsa berbanding 1,186 orang, begitu juga di Miri yang berkurang kepada 694 orang daripada 961 orang pagi tadi, sementara satu-satunya PPS di Samarahan ditutup 12.30 tengah hari tadi.

Dalam pada itu di Sabah, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 663 daripada 178 keluarga berbanding 608 daripada 162 keluarga pagi tadi.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan peningkatan itu ekoran daerah Tambunan dilanda banjir dengan 13 orang daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Tambunan yang dibuka 9 pagi tadi.

“Sebanyak 246 orang daripada 73 keluarga ditempatkan di PPS Beaufort, 267 orang (68 keluarga) di dua PPS daerah Kinabatangan, dan 137 orang (33 keluarga) di dua PPS di daerah Keningau,” menurut kenyataan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan