Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS mengesahkan kumpulan itu kini melaksanakan pembangunan terminal pengegasan semula ketiga di Malaysia.Foto fail, AFP.

Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Tan Sri Muhammad Taufik.

Pada masa ini, Petronas mempunyai tenaga kerja seramai 52,000 orang dan 16,000 daripadanya adalah pemangkin utama.

Perubahan dan dinamik sektor minyak dan gas global menuntut Petronas membuat perubahan bagi mendepani cabaran masa depan, katanya sambil menambah ia merupakan proses yang telah lama tertangguh.

“Petronas adalah sebuah syarikat minyak nasional (NOC) tetapi sentiasa beroperasi sebagai sebuah syarikat minyak antarabangsa (IOC). Pesaing kami juga telah membuat keputusan sukar yang sama,” katanya pada sesi taklimat kepada editor media di sini hari ini.

Beliau berkata di peringkat global, margin industri minyak dan gas telah berkurangan kepada 20 peratus daripada 40 hingga 45 peratus sebelum ini.

“Ini akan terus berkurangan kepada 16 hingga 18 peratus. IOC lain mendapat 12 hingga 13 peratus,” katanya.

Tengku Muhammad Taufik berkata untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara, yang bermaksud melabur dan berkembang, misalnya dalam tenaga hijau, Petronas perlu mempunyai tenaga kerja yang bersesuaian untuk memenuhi permintaan pelanggannya.

Sejak penubuhannya, Petronas telah menyumbang RM1.5 trilion dalam bentuk dividen, cukai jualan negeri, bayaran tunai, duti eksport dan kumpulan wang amanah negara.

Tengku Muhammad Taufik menegaskan bahawa tanpa melaksanakan langkah sukar itu, ia akan menjejaskan kelangsungan Petronas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan