Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata selepas pengambilalihan tersebut, MASwings bakal memperkenalkan beberapa laluan antarabangsa terus ke bandar utama di Indonesia. Foto Muqri Aziz (TVS)

Kerajaan Sarawak ambil alih MASwings 12 Feb 2025

ByMuqri Aziz

KUCHING, 7 Feb: Kerajaan Sarawak akan mengambil alih MASwings Sdn Bhd (MASwings) apabila menandatangani perjanjian jual beli (SPA) syarikat penerbangan itu pada 12 Februari ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu berkata, selepas pengambilalihan tersebut, MASwings bakal memperkenalkan beberapa laluan antarabangsa terus ke bandar utama di Indonesia.

“Langkah ini akan memudahkan kesalinghubungan antara rakyat Sarawak dan Indonesia serta destinasi lain, sekali gus merancakkan industri pelancongan Sarawak ke tahap lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Program Borneo Cross Border Cycling Tour 2025 di sini, malam ini.

Ketika ditemui media, Abdul Karim berkata syarikat penerbangan itu akan mengekalkan laluan penerbangan sedia ada di Sabah dan Sarawak sebelum memperkenalkan laluan baharu ke luar Sarawak, termasuk Semenanjung Malaysia.

“Ini kerana pembangunan industri penerbangan memerlukan masa dan tidak boleh direalisasikan dalam tempoh singkat.

“Selain itu, MASwings memiliki jumlah pesawat yang terhad,” katanya.

Beliau menyifatkan pengambilalihan syarikat penerbangan itu sebagai satu peristiwa bersejarah buat Sarawak, sekali gus menandakan kemasukan wilayah ini sebagai pemain baharu dalam industri penerbangan.

Pada 13 Januari lalu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan itu, yang dimiliki oleh Malaysia Aviation Group (MAG), telah dimuktamadkan.

Menurutnya, majlis menandatangani SPA antara Kerajaan Sarawak dan MAG dijadual berlangsung bulan ini di Kuching, diikuti dengan pengumuman nama baharu syarikat penerbangan itu.

Antara destinasi antarabangsa yang menjadi pilihan syarikat penerbangan Sarawak susulan pengambilalihan itu termasuk Jerman, Korea, Jepun, Hong Kong dan Bangkok.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan