Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara aksi pertemuan KL City menentang Buriram United pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Chang Arena, Buriram. Foto FB Kuala Lumpur City

ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Feb: Tiada wakil Malaysia melepasi peringkat kumpulan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) selepas Kuala Lumpur City FC (KL City) tewas 1-0 kepada gergasi Liga Thailand, Buriram United dalam aksi terakhir Kumpulan B di Chang Arena, Buriram, malam tadi.

Turun dalam aksi wajib menang, ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac memilih corak permainan bertahan berbanding tuan rumah yang mempamerkan corak menyerang.

Bagaimanapun, taktikal bertahan KL City hanya mampu bertahan sehingga ke minit ke-37 apabila dibolosi pemain import dari Brazil, Lucas Crispim yang bijak menyempurnakan hantaran Theerathon Bunmathan untuk tuan rumah mendahului 1-0 pada babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, skuad warga kota mengubah taktikal kepada menyerang bagi mencari gol penyamaan.

KL City hampir menyamakan kedudukan apabila berjaya membolosi gawang Buriram pada minit ke-48, namun hantaran cantik Declan Lambert gagal disempurnakan Patrick Reichelt.

Gawang KL City sekali lagi hampir dibolosi pada minit ke-71, namun ketangkasan penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim, berjaya memastikan tuan rumah gagal memperoleh gol tambahan, sekali gus menyaksikan tuan rumah berpuas hati dengan kemenangan 1-0.

Kemenangan itu menyaksikan Buriram United mara ke pusingan separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan B dengan mengutip 10 mata.

Sementara itu, baki aksi Kumpulan B menyaksikan pendahulu kelab Vietnam, Cong An Ha Noi FC menumpaskan wakil Indonesia, Borneo FC, 3-2, sementara kelab Filipina, Kaya FC-Iloilo, menewaskan wakil Singapura, Lion City Sailors, 2-0.

Buriram United dijadualkan bertemu pasukan senegara, BG Pathum United, pada aksi separuh akhir, sementara Cong An Ha Noi FC bertemu wakil Indonesia, PSM Makassar, bagi mencari slot ke perlawanan akhir.

Semalam, nasib satu lagi wakil negara, Terengganu FC (TFC) turut berakhir di peringkat Kumpulan A selepas tewas 3-4 kepada BG Pathum United, sekali gus gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan