Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga Bintulu dinasihatkan agar terus berjaga-jaga dan bersedia dengan kemungkinan berlaku semula banjir, kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad. Foto fail Bernama

Warga Bintulu perlu terus waspada – Bomba

BINTULU, 6 Feb: Warga Bintulu dinasihatkan agar terus berjaga-jaga dan bersedia dengan kemungkinan berlaku semula banjir, kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad.

Beliau berkata berdasarkan ramalan cuaca, kawasan Bintulu tidak akan mengalami hujan lebat berterusan sehingga boleh menyebabkan banjir seperti minggu lepas.

“Namun kita tidak pandang rendah perkara tersebut, kita sentiasa dalam keadaan siap siaga termasuk dari aspek anggota dan logistik untuk menghadapi sekiranya banjir akan berlaku lagi di Bintulu.

“Kita juga telah mengedarkan risalah mengenai tindakan atau perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas banjir kepada warga Bintulu. Perkara ini penting bagi memastikan keselamatan diri mereka dan keluarga,” katanya kepada Bernama.

Malam tadi, Bintulu yang hampir pulih daripada banjir bermula minggu lepas kembali dinaiki air di beberapa kawasan termasuk Kidurong dan Sungai Plan.

Wan Kamarudin berkata JBPM Bintulu dengan kekuatan 60 orang anggota berserta aset tiga lori dan enam bot sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Selain itu, balai bomba berdekatan seperti di Kidurong dan Samalaju juga sedia memberi sokongan sekiranya diperlukan,” katanya.

Setakat pagi ini, seramai 1,864 mangsa banjir masih berada di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Bintulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan