Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita berusia lingkungan 30-an ditemukan terbaring tanpa nyawa di dalam bilik sebuah hotel bajet, di MJC Batu Kawa, di sini, hari ini. Foto hiasan Envato

Wanita ditemukan mati di hotel bajet

BySuara Sarawak

KUCHING, 6 Feb: Wanita berusia lingkungan 30-an ditemukan terbaring tanpa nyawa di dalam bilik sebuah hotel bajet, di MJC Batu Kawa, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, yang berada di lokasi kejadian, mengesahkan penemuan mayat tersebut dan memaklumkan pihaknya menerima laporan pada 2.16 petang

“Kes ini disiasat sebagai mati mengejut buat masa ini, dan kami menantikan hasil bedah siasat untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya kepada Suara Sarawak, sebentar tadi.

Difahamkan, sekitar 2 petang tadi, pekerja hotel yang bertugas dikejutkan dengan penemuan tersebut lalu segera menghubungi pihak polis.

Sehubungan itu, Mohd Irwan menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian tragis ini agar tampil dan menghubungi pihak berkuasa demi membantu penyiasatan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan