Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee melawat pusat pemindahan sementara bagi menempatkan penghuni rumah di Teku, Sibu. Foto Dr Annuar Rapaee (FB)

Tanah runtuh: Penghuni lapan rumah Lorong Rantau Panjang, Teku dipindah ke PPS

SIBU, 6 Feb: Para penghuni lapan rumah di Lorong Rantau Panjang Jaya, Teku dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Kampung Bahagia Jaya pada malam Rabu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata mereka dipindahkan susulan kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan berkenaan pada malam Selasa.

Tanah runtuh di hadapan rumah Lorong Rantau Panjang Jaya, Teku, Sibu pada malam Selasa. Foto Dr Annuar Rapaee (FB)

“Atas sebab-sebab keselamatan dan didapati masih ada pergerakan tanah, pihak berkuasa telah mengambil keputusan untuk meminta penghuni dari lapan rumah berpindah malam ini (Rabu),” katanya menerusi hantara di media sosialnya.

Beliau turut melawat para penghuni rumah berkenaan di PPS itu pada malam Rabu.

“Diharapkan pemilik rumah dan keluarga mereka untuk tidak mendiami dahulu rumah-rumah ini sehingga rumah mereka dan keadaan tanah stabil dan disahkan selamat oleh pihak berkuasa,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan