Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelajar-pelajar Kolej Vokasional Miri membuat pemeriksaan elektrikal di rumah mangsa banjir di Kampung Pujut Sungai Adong, Miri, hari ini. Foto Faisal Rambli (TVS)

Sukarelawan TVET bantu mangsa banjir di Miri, baiki peralatan elektrik

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 6 Feb: Seramai 500 pelajar dari Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di sekitar Bandaraya ini menyertai aktiviti gotong-royong perdana bagi membantu komuniti Kampung Pujut Sungai Adong dalam menangani kesan pasca banjir yang melanda kawasan tersebut baru-baru ini.

Program anjuran Majlis Bandaraya Miri (MBM) itu disertai oleh Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Miri, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri dan Kolej Vokasional Miri.

Pengarah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Miri, Dr. Mustal Makmud berkata, selain membantu membersihkan kawasan perumahan yang terjejas, pasukan sukarelawan turut menjalankan pemeriksaan elektrik dari rumah ke rumah bagi memastikan bekalan elektrik dan sistem pendawaian masih dalam keadaan selamat.

“Kami membantu dari segi pembaikan peralatan elektri dan elektronik. Pemeriksaan ini dilakukan bersama pelajar TVET dari ADTEC Miri, IKBN Miri, Kolej Vokasional Miri, serta agensi lain untuk memastikan peralatan elektrik dan elektronik mangsa banjir berada dalam keadaan selamat digunakan,” katanya ketika ditemui TVS di Balairaya Kampung Pujut Sungai Adong, Miri, hari ini.

Pengarah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Miri, Dr. Mustal Makmud ketika ditemui TVS di Balairaya Kampung Pujut Sungai Adong, Miri, hari ini. Foto Faisal Rambli (TVS)

Aktiviti sukarelawan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan bagi meringankan beban penduduk terjejas serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.

“Daripada ADTEC, kami membawa lebih kurang 60 orang sukarelawan di bawah Skuad Ihsan MADANI CSR Wira Kesuma yang turut turun padang hari ini bagi memberikan bantuan,” katanya lagi.

Program ini memberi peluang kepada pelajar TVET untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam situasi sebenar sekali gus mempersiapkan diri menghadapi cabaran dunia pekerjaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan