Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang petugas lapangan (groundcrew) maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang, pagi ini. Foto JBPM

Polis kenal pasti identiti mangsa nahas helikopter

ByBernama

BENTONG, 6 Feb: Polis telah mengenal pasti identiti mangsa yang maut dalam kejadian sebuah helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mengisi minyak di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata mangsa merupakan seorang jurutera warga Indonesia (petugas di lapangan) dikenali sebagai Finsen Resky Sembiring, 27.

“Mangsa yang berada di tapak pendaratan helikopter semasa kejadian dipercayai maut akibat libasan bilah kipas helikopter selepas ia gagal dikawal ketika membuat hovering setinggi kira-kira tiga kaki semasa ingin mengisi minyak.

“Hal itu menyebabkan skid (kaki) pesawat itu bergesel dengan tempat pendaratan, lalu terbalik dan berlaku kebakaran. Bagaimanapun seorang lagi mangsa iaitu juruterbang warga Indonesia dikenali sebagai Kustiyadi, 44, hanya mengalami cedera ringan,” katanya kepada media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Zaiham berkata helikopter itu datang dari sebuah lokasi tapak projek kira-kira 16 kilometer dari kawasan kejadian

Beliau berkata syarikat berkenaan sedang melakukan kerja-kerja bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak enam hari lepas dan mempunyai kebenaran untuk menggunakan kawasan di tapak perkhemahan di lokasi kejadian sebagai tempat mengisi minyak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan