Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini. Foto fail Bernama

PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam – Ramanan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata lawatan bersejarah Anwar itu juga bagi meninjau persiapan perayaan berkenaan di kuil Batu Caves.

Ramanan yang juga dipertanggungjawab untuk hal ewal komuniti India berkata Perdana Menteri telah memaklumkan hasrat untuk mengadakan lawatan itu kepada beliau, petang semalam.

“Perdana Menteri maklum kepada saya mahu melihat perkembangan semasa menjelang sambutan Thaipusam, di samping dapat meluangkan masa bersama komuniti India.

“Beliau cukup teruja dapat turun padang ke Batu Caves tahun ini bersama komuniti India,” kata Ahli Parlimen Sungai Buloh itu ketika dihubungi Bernama hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan