Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua pesawat penumpang berlanggar di atas landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma pada Rabu, namun tiada kecederaan dilaporkan, lapor Agensi Anadolu (AA). Foto Media sosial

Pesawat Delta, Japan Airlines berlanggar di Lapangan Terbang Seattle

ByBernama

WASHINGTON, 6 Feb: Dua pesawat penumpang berlanggar di atas landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma pada Rabu, namun tiada kecederaan dilaporkan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut kenyataan lapangan terbang, pesawat Japan Airlines sedang bergerak di landasan itu apabila ia melanggar ekor pesawat Delta Airlines yang sedang diparkir pada kira-kira 10.17 pagi waktu tempatan (1817GMT), menyebabkan kedua-dua pesawat mengalami kerosakan.

Pasukan Bomba dan Polis Pelabuhan Seattle serta pasukan operasi lapangan terbang segera bertindak balas terhadap insiden yang berlaku di laluan pergerakan pesawat.

“Pihak lapangan terbang sedang bekerjasama dengan kedua-dua syarikat penerbangan untuk menurunkan penumpang dengan selamat dan membawa mereka ke terminal,” menurut kenyataan itu.

Kejadian itu memberi kesan minimum kepada operasi lapangan terbang kerana berlaku di laluan pergerakan pesawat, sambil menasihatkan penumpang untuk menyemak status penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan masing-masing,” katanya lagi dalam X.

Delta dalam satu kenyataan berkata pesawat Boeing 737 miliknya sedang menunggu giliran untuk proses nyahais sebelum penerbangan ke Puerto Vallarta, Mexico apabila insiden itu berlaku.

Sebanyak 142 orang berada dalam pesawat, dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan kru atau penumpang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan