Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan yang boleh mengakibatkan pemindahan warga Palestin secara paksa, menyifatkannya langkah itu sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Foto Wisma Putra (FB)

Malaysia tolak pemindahan warga Palestin secara paksa

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Feb: Malaysia menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan yang boleh mengakibatkan pemindahan warga Palestin secara paksa, menyifatkannya langkah itu sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata sebarang percubaan unilateral – secara langsung atau tidak langsung – untuk menjejaskan hak rakyat Palestin dalam menentukan nasib sendiri adalah tidak boleh diterima dan hanya memanjangkan konflik.

“Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin. Laluan ke arah keamanan dan kestabilan berpanjangan di Timur Tengah adalah menerusi penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka, berasaskan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya,” kata kenyataan itu.

Kerajaan menggesa masyarakat antarabangsa supaya bersatu dalam mendesak untuk satu penyelesaian yang boleh dipercayai dan kekal supaya dapat diterima rakyat Palestin.

Dalam isu ini, Malaysia mengulangi gesaan resolusi yang dicapai pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam pada 11 Nov tahun lepas, supaya semua negara yang belum menyokong penyelesaian dua negara supaya mengiktiraf Negara Palestin dan menyokong ia sebagai anggota penuh PBB.

Malaysia juga menegaskan komitmennya kepada usaha multilateral dan diplomatik, termasuk inisiatif oleh Global Alliance dan Kumpulan The Hague dalam usaha untuk mendapatkan keamanan yang kekal menerusi penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka, katanya.

Pada Rabu, media antarabangsa melaporkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencadangkan Washington seharusnya “mengambil alih” Gaza dan membangunkannya semula, satu cadangan yang mendapat kecaman meluas kerana melanggar undang-undang antarabangsa dan tidak menghormati hak rakyat Palestin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan