Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Jalan Tambun di sini, tengah malam Selasa. Foto hiasan Envato

Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri

ByBernama

IPOH, 6 Feb: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Jalan Tambun di sini, tengah malam Selasa.

Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Katanya hasil serbuan itu pihaknya merampas senjata itu selain 300 bebola galas dan telefon bimbit.

“Kita telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Suspek telah ditahan reman selama dua hari sehingga hari ini (6 Feb) bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

“Orang ramai justeru dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan berkaitan pemilikan dan penggunaan senjata api.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang memiliki senjatapi buatan sendiri atau tanpa lesen,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan