Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev melakukan lawatan di Jambatan Menara Berkembar PETRONAS, pada Rabu bersempena lawatan negara Presiden Uzbekistan ke Malaysia. Foto Bernama

Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan – PM Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi selama dua hari Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia telah memperkukuh hubungan akrab kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.

“Insya-Allah, hubungan Malaysia dan Uzbekistan akan terus erat dan diperhebat sebaiknya,” katanya.

Perdana Menteri dalam hantaran sama turut berkongsi beberapa gambar beliau meraikan Mirziyoyev dalam satu majlis makan malam di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, sebagai acara penutup kepada lawatan dua hari Presiden itu.

Mirziyoyev tiba di Malaysia semalam untuk lawatan rasmi atas jemputan Perdana Menteri dan diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam.

Presiden Uzbekistan bersama delegasinya berlepas pulang ke Tashkent pada 8.50 malam menaiki pesawat Uzbekistan Airways. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan