Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 28 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat perang pembunuhan beramai-ramai Israel sejak Oktober 2023 kepada 47,583. Foto AFP

Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan

ByBernama

ANKARA, 6 Feb: Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 28 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat perang pembunuhan beramai-ramai Israel sejak Oktober 2023 kepada 47,583, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis.

Satu kenyataan kementerian mengatakan bahawa jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.

Menurut kementerian itu, empat orang yang cedera juga dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah yang cedera kepada 111,633 dalam serangan Israel.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat melakukan misi menyelamat,” menurut kementerian itu.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh kementerian itu, kira-kira 562 mayat telah ditemukan daripada runtuhan sejak perjanjian gencatan senjata diadakan di Gaza pada 19 Jan.

Perjanjian itu menghentikan perang Israel yang telah menyebabkan kemusnahan meluas di enklaf itu.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga menghadapi kes pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana melancarkan perang ke atas kawasan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan