Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini hari ini.

Jemaah Menteri lulus kemasukan Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672

ByAmirah Shawel

PUTRAJAYA, 6 Feb: Jemaah Menteri secara dasar telah meluluskan kemasukan Selangor dan Pulau Pinang sebagai dua negeri terkini untuk mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bagaimanapun berkata perkara itu memerlukan rundingan lanjut.

“Jemaah Menteri mengalu-alukan supaya negeri-negeri lain juga mengambil langkah yang sama supaya kita dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan pembersihan awam di negara kita.

“Kebersihan juga adalah kewajipan kita semua. Oleh kerana itu, saya nak jadikan Malaysia paling bersih, indah dan selamat,” katanya.

Kor Ming berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Kerajaan Selangor menjangkakan untuk memuktamad ratifikasi Akta 672 selewat-lewatnya awal tahun ini.

Akta 672 bermatlamat memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara berhubung pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan