Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berucap pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan. Foto TVS

Jabatan Audit Negara mula audit 2,000 syarikat, entiti tahun ini

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Jabatan Audit Negara (JAN) akan memulakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan daripada kerajaan pada tahun ini.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata usaha itu dilaksanakan menerusi peruntukan yang telah diluluskan untuk JAN pada tahun ini iaitu sebanyak RM200 juta.

Jelasnya, Ketua Audit Negara telah diberi kuasa menjalankan pengauditan terhadap akaun 1,856 badan lain termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tahun lalu.

“JAN komited untuk meneruskan agenda pemerkasaan tatakelola selaras dengan aspirasi Kerajaan dengan memperkenal pendekatan baharu yang dapat memastikan kesemua 1,856 badan lain termasuk Syarikat Kerajaan yang diwartakan pada 1 November 2024 diaudit setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan yang diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya jumlah pewartaan itu akan sentiasa dikemas kini dari semasa ke semasa melalui Perintah Audit (Akaun badan Lain) (Pindaan) 2024.

Jumlah akaun yang diwartakan pada tahun lalu meningkat sekali ganda daripada jumlah 925 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan pada 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan