Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Mustaffa Kamil Ayub ketika bertemu pengamal media pada Penutup Kursus Asas Kemahiran dan Keusahawanan serta Pematuhan Peraturan Operator Pelancongan Daerah Perak Tengah, Bagan Datuk di Dewan Millenium Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah hari ini. Foto Bernama

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40

ByBernama

PASIR SALAK, 6 Feb: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) tahun ini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN Mustaffa Kamil Ayub berkata usahawan yang dilatih tahun lepas menunjukkan prestasi cemerlang, dan kebanyakan daripada mereka mampu meningkatkan nilai jualan selepas mengikuti program bimbingan institut berkenaan.

“INSKEN akan menganjurkan pelbagai program dan latihan keusahawanan yang direncanakan pada tahun ini dengan harapan dapat membimbing usahawan yang disasarkan di seluruh negara.

“Tahun lepas kita sasar 10,000 tetapi kita berjaya melatih 13,000 usahawan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Kemahiran dan Keusahawanan serta Pematuhan Peraturan Operator Pelancongan Daerah Perak Tengah, Bagan Datuk di Dewan Millenium Pejabat Daerah dan Tanah Kampung Gajah.

Mustaffa Kamil berkata INSKEN juga akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan keusahawanan, terutama dalam kalangan golongan B40 dan asnaf.

Beliau berkata langkah itu dilihat mampu membantu meningkatkan pendapatan golongan berkenaan kerana berniaga antara punca rezeki yang terbesar.

“Kita tawarkan pelbagai inisiatif, sekali gus memberi bimbingan kepada usahawan di seluruh negara dan menjadi fokus kita menyahut saranan kerajaan untuk terus bantu golongan terlibat,” katanya.

Beliau berkata INSKEN juga akan menjalankan kolaborasi strategik dengan pelbagai NGO berkaitan agar dapat memberikan impak lebih besar.

“Justeru, kerjasama strategik ini diperlukan untuk memenuhi jurang bagi mencapai matlamat yang sama iaitu membantu usahawan memajukan perniagaan mereka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan