Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki membawa sebuah kotak di tengah runtuhan rumah kediaman di sepanjang jalan Saftawi di Jabalia, utara Semenanjung Gaza, pada 5 Februari 2025. Foto AFP

Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa

ByBernama

JAKARTA, 6 Feb: Indonesia dengan tegas menolak sebarang cubaan untuk memindahkan rakyat Palestin secara paksa atau mengubah komposisi demografi Wilayah Palestin yang diduduki, kata Kementerian Luar pada Rabu.

Dalam satu kenyataan di akaun X rasminya, kementerian itu menegaskan bahawa tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti yang diimpikan melalui penyelesaian dua negara berdasarkan sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

“Indonesia menyeru masyarakat antarabangsa untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa, terutamanya hak penentuan nasib sendiri rakyat Palestin serta hak mereka untuk kembali ke tanah air mereka,” menurut kenyataan itu.

Republik itu juga menegaskan yang satu-satunya jalan yang boleh membawa kepada keamanan berkekalan di rantau ini adalah dengan menangani punca asas konflik iaitu pendudukan haram dan berpanjangan oleh Israel ke atas wilayah Palestin.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan yang menyebut bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pada Selasa mendakwa  “AS akan mengambil alih” Semenanjung Gaza, tidak lama selepas mencadangkan pemindahan kekal rakyat Palestin di luar wilayah itu atas alasan untuk mempromosikan pembangunan ekonomi.

Cadangan kontroversi Trump mengundang kecaman meluas daripada masyarakat antarabangsa, dengan ramai pengkritik yang menganggapnya sebagai “pembersihan etnik” dan “jenayah perang,” menurut laporan media antarabangsa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan