Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 1,593 mangsa banjir berlindung di PPS Bintulu; 1,129 di PPS Miri; 1,157 di Sibu; 522 di Mukah; 106 di Samarahan dan 13 di Sarikei. Foto fail TVS

Enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir ditutup setakat 5 petang tadi

BySuara Sarawak

KUCHING, 6 Feb: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, antara PPS itu ialah PPS Dewan Pujut Tanjung Batu, Miri; PPS Dewan Pembangunan Daerah Sebuyau, Samarahan; dan PPS SK Tanah Putih Serian.

“Selain itu, PPS Dewan Kampung Bawang Matu, Mukah; PPS Dewan Sukan Kidurong, Bintulu dan PPS Kelab Melayu Kampung Bandung Sibu.

“Penutupan itu menjadikan jumlah keseluruhan PPS masih aktif sebanyak 28 kawasan membabitkan enam bahagian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, JPBN memaklumkan, seramai 4,520 mangsa bajir daripada 1,356 keluarga masih berlindung di kesemua PPS.

Sementara itu, seramai 148 mangsa tiada tempat berteduh setelah kediaman musnah dalam tragedi tanah runtuh ditempatkan di PPS Sibu dan Miri.

“Secara keseluruhan, sebanyak 1,393 keluarga membabitkan seramai 4,668 mangsa masih terjejas akibat banjir dan tanah runtuh,” katanya.

Dalam pada itu, seramai 1,593 mangsa banjir berlindung di PPS Bintulu; 1,129 di PPS Miri; 1,157 di Sibu; 522 di Mukah; 106 di Samarahan dan 13 di Sarikei. -TVS

Tags: Banjir, pps

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan