Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Klinik kecantikan haram di Kuching didenda RM150,000 di mahkamah Foto hiasan Envato

Badan Peguam syor semua negeri terima pakai Akta 814, perkukuh kehakiman syariah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Badan Peguam Malaysia mengesyorkan agar semua negeri mempertimbangkan untuk menerima pakai Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 (Akta 814) yang diguna pakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan sebagai asas penyelarasan pengawalan tatalaku, etika dan prosedur pengamal syariah.

Presiden Badan Peguam Malaysia Mohamad Ezri Abdul Wahab menerusi kenyataan hari ini berkata penyatuan peraturan tersebut akan menjamin keseragaman tanpa berkompromi dengan keunikan atau keperluan khusus setiap negeri.

Dalam pada itu, Mohamad Ezri turut memaklumkan pihaknya menerima baik saranan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Salehuddin Saidin berkaitan cadangan penerimaan peguam syarie yang memiliki ijazah daripada universiti yang diiktiraf untuk beramal di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.

“Cadangan tersebut yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Negara pada 19 Dis lepas adalah relevan dan signifikan dalam memastikan kelancaran serta keberkesanan sistem keadilan syariah di negara kita.

“Jawatankuasa Perhubungan Mahkamah Syariah Majlis Peguam telah memulakan inisiatif untuk berdialog dengan peguam sivil-syarie di hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia dan mendapati bahawa terdapat pelbagai cabaran berkaitan proses penerimaan masuk sebagai pengamal di Mahkamah Syariah.

“Antaranya ialah perbezaan syarat kelayakan dan prosedur mengikut negeri-negeri,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Ezri turut mencadangkan agar langkah-langkah penyeragaman syarat kelayakan dan prosedur penerimaan peguam syarie dilaksanakan tanpa mengganggu-gugat hak dan autonomi negeri-negeri dalam menentukan hal ehwal agama Islam, termasuk perkara-perkara yang melibatkan perundangan syariah.

“Sebenarnya, peruntukan sedia ada seperti Seksyen 68(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 20021 dan Seksyen 80(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 20032 mempunyai peruntukan yang membenarkan individu yang telah diterima sebagai peguam syarie di satu negeri boleh diterima dan dibenarkan beramal di negeri lain,

“…dengan mengemukakan permohonan dan melampirkan keterangan yang menunjukkan bahawa peguam itu telah diterima sebagai peguam syarie di negeri tersebut. Badan Peguam Malaysia mencadangkan sebagai permulaan, ia boleh dilaksanakan secara bersyarat atau ‘ad hoc’,” katanya.

Menurutnya melalui pendekatan ini, peguam syarie akan lebih mudah bergerak dan berfungsi di seluruh negara, sekali gus menggalakkan pencambahan bilangan pengamal undang-undang syariah yang berkelayakan.

Beliau berkata langkah-langkah ini apabila dilaksanakan akan dapat memperkukuhkan sistem kehakiman syariah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan