Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat bercakap pada sidang media selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. Foto Bernama

Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand

ByBernama

KOTA BHARU, 5 Feb: Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan negara itu susulan insiden serangan bom di Narathiwat baru-baru ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata langkah berjaga-jaga amat penting bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan pelancong.

“Melancong ke Thailand seolah-olah sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk di Kelantan memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

“Namun, kita tidak dapat menjangka bila dan di mana insiden seperti letupan bom boleh berlaku. Sebelum ini, terdapat kes rakyat Malaysia yang cedera akibat insiden sedemikian. Oleh itu, saya menyeru mereka agar lebih berwaspada serta mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di Thailand,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kelantan di sini, hari ini.

Mohd Yusoff turut mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang Thailand bagi mengelakkan kesulitan serta masalah yang boleh menyusahkan kerajaan Malaysia dalam menyelesaikannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kejadian serangan insiden bom di Narathiwat, baru-baru ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan