Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 Februari di Stadium Bandaraya Miri, serta Program Bakti MADANI Subis 2025 pada 8 Februari di Dewan Terbuka Sepupok, Niah, telah ditunda susulan keadaan banjir yang melanda Sarawak ketika ini. Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Program Bakti MADANI Miri 2025 ditunda berikutan banjir di Sarawak

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 5 Feb: Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 Februari di Stadium Bandaraya Miri, serta Program Bakti MADANI Subis 2025 pada 8 Februari di Dewan Terbuka Sepupok, Niah, telah ditunda susulan keadaan banjir yang melanda Sarawak ketika ini.

Jawatankuasa penganjur dalam mesyuarat di Pejabat Residen Miri hari ini telah memutuskan untuk menangguhkan program tersebut ke tarikh baharu.

“Keputusan ini dibuat bagi membolehkan semua agensi berkaitan memberikan tumpuan kepada usaha menangani situasi banjir di Sarawak,” menurut kenyataan jawatankuasa penganjur.

Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) serta Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Setakat ini, banjir di Bahagian Miri telah menjejaskan 1,288 mangsa dan mengakibatkan pembukaan 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan