Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini. Foto Jabatan Perkhidmatan Awam (FB)

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb – JPA

ByBernama

PUTRAJAYA, 5 Feb: Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan program biasiswa berprestij itu terbuka kepada mahasiswa peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang strategik yang memberi impak besar kepada pembangunan negara.

Menurut JPA antara bidang yang tersenarai ialah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), ekonomi, undang-undang, kewangan Islam dan kecerdasan buatan (AI) dengan calon berminat perlu menunjukkan potensi besar untuk menjadi pemimpin dalam bidang akademik dan profesional.

“Keutamaan diberikan kepada individu yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik, serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi,” menurut kenyataan itu hari  ini.

JPA memaklumkan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan mengemukakan permohonan melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan