Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney di sini hari ini. Foto Media sosial

Pelancong cedera jatuh dari tingkat tujuh pusat beli-belah

ByBernama

GEORGE TOWN, 5 Feb: Seorang pelancong warga asing cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan lelaki berusia 25 tahun itu pada 1.55 tengah hari.

“Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dalam keadaan sedar menggunakan ambulans pada 2.20 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu beberapa keping gambar tular menerusi media sosial memapar seorang lelaki terjatuh atas bumbung replika bangunan dekorasi Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli-belah di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan