Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba MotoGP dari pasukan Aprilia Racing Jorge Martin terjatuh selepas gagal mengawal jenteranya ketika Ujian Pra Musim MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang hari ini. Foto Bernama

MotoGP: ‘Martinator’ patah tangan dan kaki – Ujian Sepang

ByBernama

SEPANG, 5 Feb: Juara dunia MotoGP Jorge Martin telah disahkan terkeluar daripada ujian rasmi pramusim Sepang 2025 berikutan kemalangan ngeri pada hari pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Menurut satu kenyataan di X oleh @MotoGP, pelumba Aprilia Racing itu, yang telah dikejarkan ke hospital- dipercayai di Nilai, Negeri Sembilan – utuk pemeriksaan lanjut sejurus selepas kemalangan tersebut, disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.

“Beliau akan kekal di hospital semalaman dan esok akan terbang kembali ke Eropah untuk menjalani pembedahan pada tangan kanan dan kaki kirinya,” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, pelumba Sepanyol berusia 27 tahun itu, melalui satu hantaran di Instagramnya, meluahkan rasa kecewa kerana terlepas peluang memulakan musim baharu dengan baik.

“Bukan permulaan terbaik untuk musim 2025. Tapi Martinator pasti sentiasa kembali lebih kuat,” katanya.

Insiden malang itu menyaksikan Martin tercampak dari jentera baharu Aprilia RS-GP di Selekoh 2, berpusing di udara sebelum mendarat dengan kuat di trek asfalt.

Sebelum kejadian tersebut, pelumba yang digelar ‘Martinator’ itu turut terlibat dalam satu kemalangan di Selekoh 1, manakala masa terbaiknya pada sesi hari ini ialah dua minit dan 1.321 saat (s) pada pusingan kelima.

Dalam pada itu, juara dunia 2021, Fabio Quartararo muncul sebagai pelumba terpantas pada hari pertama dengan catatan masa 1:57.555s.

Ujian musim sejuk selama tiga hari ini akan disambung esok dan berlangsung sehingga Jumaat ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan