Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi semasa mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Projek Bekalan Air: Penggantian Paip di Kampung Rampangi, pagi tadi. Foto Alex Teo (TVS)

Kerosakan fasiliti elektrik akan dinilai sepenuhnya selepas keadaan banjir kembali pulih – Julaihi

ByAsmah Adenan

KUCHING, 5 Feb: Anggaran keseluruhan kerosakan fasiliti elektrik akibat bencana banjir akan dinilai sepenuhnya selepas situasi banjir kembali pulih.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pihaknya kini masih tidak dapat mengenal pasti jumlah keseluruhan kerosakan yang dialami dan hanya dapat dibuat selepas semua penduduk yang tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kembali ke rumah masing-masing.

“Belum ada anggaran lagi sebab sesetengah kawasan masih lagi terlibat dengan banjir. Mungkin selepas semuanya sudah selesai, penduduk yang berkaitan sudah pindah semuanya pihak kami akan membuat anggaran.

“Yang penting sekarang ialah keselesaan penduduk yang terlibat dalam pemindahan ke PPS dan juga keselamatan semua penduduk. Itu yang penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Projek Bekalan Air: Penggantian Paip bersama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi di Kampung Rampangi, pagi tadi.

Kata Julaihi, penilaian kerosakan fasiliti akan mengambil sedikit masa disebabkan terdapat banyak kawasan yang terjejas akibat banjir.

Selain itu, katanya, penelitian yang lebih terperinci juga perlu dijalankan kerana seperti yang dilihat bencana banjir yang berlaku di beberapa kawasan terutama di Bintulu adalah sangat teruk.

“Di Bintulu misalnya, dalam setahun kita ada 100 mililiter air hujan tetapi di Bintulu dalam satu hari ada 900 mililiter dan ini bermakna air yang berlebihan menyebabkan banjir.

“Ada di antara loji rawatan air kita terkesan misalnya muka sauk (intake) kita tidak boleh beroperasi dan dari segi bekalan elektrik ada di antara pencawang (substation) kita ‘shut down’, ” katanya.

Sehubungan itu, kata Julaihi, agensi utiliti di bawah kementeriannya iaitu Sarawak Energy melalui anak syarikatnya SESCO akan mengawasi dari semasa ke semasa situasi yang berlaku kini serta akan memastikan keselamatan orang ramai sentiasa terjamin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan