Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan lima lelaki serta merampas rokok dan minuman keras bernilai RM1.3 juta dalam tiga serbuan berasingan di Tawau, Semporna dan Pelabuhan Sepanggar, bulan lepas.

Kastam Sabah tumpaskan kegiatan seludup rokok, minuman keras

ByBernama

TAWAU, 4 Feb: Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan lima lelaki serta merampas rokok dan minuman keras bernilai RM1.3 juta dalam tiga serbuan berasingan di Tawau, Semporna dan Pelabuhan Sepanggar, bulan lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata operasi pertama pada 1 tengah hari, 18 Jan lepas di Pelabuhan Sepanggar membabitkan rampasan minuman keras bernilai RM1.23 juta.

Beliau berkata pihaknya telah menahan dan memeriksa tiga kontena yang mendarat di Pelabuhan Sepanggar dan mendapati kontena berkenaan memuatkan 8,100 karton minuman keras pelbagai jenama yang diimport tanpa permit yang sah.

“Nilai keseluruhan minuman keras yang disita RM243,136.08 manakala cukai terlibat adalah RM994,612.62,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siti berkata operasi pada 17 Jan pula membawa kepada rampasan rokok di Tawau dan Semporna bernilai RM73,346.20 termasuk cukai.

“Pasukan penguat kuasa melakukan dua serbuan di Kampung Jagung, Merotai Besar Tawau dan merampas 1,600 batang rokok pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan RM1,087.04 termasuk cukai di sebuah kedai runcit, serta merampas 3,076 batang rokok pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan RM2,083.16 termasuk cukai di dalam bilik sebuah rumah,” katanya.

Menurut beliau, modus operandi kedua-dua kes berkenaan adalah dengan membuat pengikraran yang tidak betul dan menyembunyikan barang larangan di lokasi tertutup selain menggunakan kenderaan tidan bernombor bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.

Siti berkata satu lagi operasi di Semporna pula, melibatkan rampasan 68,800 batang rokok bernilai RM70,176 termasuk cukai yang disembunyikan di dalam sebuah kereta di sebuah rumah di Kampung Tepian.

Beliau berkata semua kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 135 akta sama. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan