Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia

Imigresen serbu medan selera, tahan 58 pendatang tanpa izin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Feb: Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, semalam.

Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata penahanan dilakukan hasil pemeriksaan terhadap 102 individu dan antara kesalahan dikesan ialah tinggal lebih masa, menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara (PLKS) serta menjalankan perniagaan secara haram.

Beliau berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki dan 10 wanita warganegara Myanmar, dua lelaki dan seorang wanita Indonesia, sembilan lelaki Bangladesh, empat lelaki India dan seorang lelaki Vietnam.

“Kesemuanya yang dianggar berusia 18 hingga 40 tahun akan ditempat di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Serbuan berkenaan katanya disertai 95 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran serta Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram.

“Serbuan dijalankan selepas Jabatan Imigresen bertindak atas aduan orang awam dan intipan selama seminggu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan